Sejarah Mazhab al-Babiah
Ajaran sesat yang dibawa oleh seorang yang bernama Mirza Ali Muhammad
al-Syirazi yang menggelarkan dirinya al-Bab yang bererti pintu. Ini
kerana dia berkata, “Sesungguhnya yang ingin sampai kepada Allah
mestilah melalui jalan rasul, nabi dan wali. Oleh kerana untuk
mencapainya sangat susah, mestilah melalui pintunya maka sayalah
pintunya.” Perkataan pintunya dalam bahasa Arab ialah al-Bab. Kemudian,
dia menukarkan namanya kepada al-Bab. Daripada perkataan ini, ajarannya
dinamakan al-Babiah.
Mirza Ali Muhammad lahir pada tahun 1252 Hijrah bersamaan tahun 1820
Masihi. Dia mempelajari ajaran al-Batiniah daripada Syed Kazim
al-Rasyti. Gurunya adalah murid kepada pemimpin kebatinan bernama Ahmad
al-Ahsaei.
Ajaran ini mendapat sokongan daripada Yahudi di Syiraz, Iran. Bagi
membuktikan keislamannya, dia menunaikan haji di Mekah pada tahun 1260
Hijrah serta mengunjungi makam Nabi Muhammad di Madinah. Apabila pulang
ke Iran, Mirza secara tiba-tiba menyebarkan ajarannya sehingga para
sarjana Islam di Iran menjadi gempar. Mereka mendesak pemerintah pada
masa itu supaya menghapuskan gerakannya kerana ia membawa kepada kufur
secara terang-terangan. Bagi menghadapi tentangan para sarjana Islam,
dia mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama Islam dan memutuskan
hubungan dengan al-Quran, hadis-hadis Nabi Muhammad dan kitab-kitab
agama Islam.
Tidak lama kemudian, dia mengaku menjadi Imam Mahdi sehingga mendakwa
dirinya lebih baik daripada Nabi Muhammad dan ajarannya lebih baik
daripada ajaran Islam. Keadaan bertambah kritikal apabila dia mendakwa
Allah menjelma di dalam dirinya, dai yang menzahirkan makhluknya dan
menzahirkan Nabi Musa dan Nabi Isa ke alam dunia. Para sarjana Islam di
Iran menghukumnya terkeluar daripada agama Islam dan ada juga yang
menyatakan dia gila.
Golongan yang mengikut ajaran sesat ini mengarang beberapa kitab yang
terkandung di dalam ajaran al-Babiah. Kitab yang terpenting dinamakan
al-Bayan yang ditulis dalam bahasa Arab. Di dalamnya terkandung
pengenalan kepada ajaran al-Babiah. Pengikut al-Babiah menganggap kitab
ini sebagai buku suci. Kemudian mereka mengarang kitab al-Itqan yang
menyempurnakan kitab al-Bayan.
Antara ajarannya adalah:
- Tidak beriman kepada hari akhirat. Mereka memberi maksud hari akhirat dengan alam rohani sahaja.
- Semua penganut agama adalah sama sahaja.
- Al-Quran tidak sesuai dipraktikkan pada zaman ini.
- Sembahyang sekali sahaja sebulan dan tidak memerlukan wuduk.
- Tidak wajib mengadap kiblat kerana bagi mereka, di mana sahaja mereka mengadapa, di sana wajah Allah berada.
- Menafikan hukuman qisas (bunuh balas), hudud (hukuman bagi zina, tuduhan zina, mencuri, minum arak dan sebagainya) dan takzir secara sebatan (selain hukuman hudud dan qisas yang ditetapkan oleh nas al-Quran dan hadis).
- Menyamakan kadar penerimaan perempuan dengan lelaki dalam harta pusaka.
- Tidak beriman kepada hari akhirat. Mereka memberi maksud hari akhirat dengan alam rohani sahaja.
- Semua penganut agama adalah sama sahaja.
- Al-Quran tidak sesuai dipraktikkan pada zaman ini.
- Sembahyang sekali sahaja sebulan dan tidak memerlukan wuduk.
- Tidak wajib mengadap kiblat kerana bagi mereka, di mana sahaja mereka mengadapa, di sana wajah Allah berada.
- Menafikan hukuman qisas (bunuh balas), hudud (hukuman bagi zina, tuduhan zina, mencuri, minum arak dan sebagainya) dan takzir secara sebatan (selain hukuman hudud dan qisas yang ditetapkan oleh nas al-Quran dan hadis).
- Menyamakan kadar penerimaan perempuan dengan lelaki dalam harta pusaka.
Para sarjana Islam di Iran pada masa itu menggesa pihak pemerintah
supaya memanggil para pengikut al-Babiah supaya disoal siasat. Mereka
juga mengajak berdebat bagi membuktikan kebenaran sekaligus menolak
hujah-hujah mereka. Apabila isu semakin hangat, Mirza Ali menafikan
membawa ajaran iru dan bersembunti di rumahnya sehingga isu itu reda.
Pada 10 Rabiulawal 1261 Hijrah, dia kembali menyebarkan ajarannya. Umat
Islam ketika itu menentangnya dengan keras sehingga mendesak Shah Yahya
al-Darabi, pemerintah Syiraz supaya menahannya. Namun, Mirza Ali berjaya
melepaskan diri dari penjara dan menuju ke Esfahan. Di sana, dia
menjadi tetapi kehormat kepada pegawai daerah dan mengajar di sana.
Akhirnya kesesatannya terdedah apabila majlis sarjana Islam yang
dihadiri oleh 70 para sarjana memutuskan dia kafir. Mereka juga
menyarankan kepada pemerintah supaya menjatuhkan hukuman bunuh kerana
murtad. Namun, pemerintah ketika itu hanya meluluskan hukuman penjara
sahaja. Apabila Shah Nasiruddin berkuasa, Perdana Menteri Iran pada masa
itu meluluskan hukuman bunuh. Akhirnya al-Bab dijatuhkan hukuman bunuh
bersama dua pengikutnya pada 27 Syaaban 1365 Hijrah.
Kuliyah Jumaat 17 Ogos 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

