Sejarah Mazhab Musyabbihah
al-Mansuriah:
Mereka adalah pengikut Abu Mansur al-Ajali yang mengaku menjadi imam dan mengajak orang ramai mengikut ajarannya.

Antara ajarannya adalah:
- Dia mengaku menjadi nabi dan malaikat Jibril membawa wahyu kepadanya. Dia mendakwa Allah mengutuskan Nal n Muhammmad dan menurunkan al-Quran. Dia pula dilantik dan bagi mentakwilkan al-Quran.
- Mengaku naik ke langit dan bertemu Tuhan dan menyentuh tangannya. Tuhan berkata kepadanya, “Wahai anakku turunlah dan sampaikanlah daripadaku.”
- Makhluk yang paling awal diciptakan adalah Nabi Isa. Selepas beliau adalah Ali bin Abu Talib.
- Rasul itu sentiasa ada dan hari kiamat itu tidak ada.
- Syurga itu adalah lelaki yang Allah perintahkan supaya manusia patuh kepadanya. Neraka pula adalah lelaki Allah perintahkan supaya kita bermusuh dengannya.
- Mentakwilkan perkara-perkara yang diharamkan dengan nama-nama orang yang Allah perintahkan supaya memusuhinya. Dia juga mentakwilkan perkara-perkara wajib dengan nama-nama yang Allah perintahkan supaya mentaatinya. Sesiapa yang mengetahui nama-nama itu maka gugur segala yang wajib dan haram. Dia tidak mempunyai sebarang tanggungjawab lagi. Allah mengangkat segala perintah daripadanya sehingga dia masuk syurga dalam keadaan tahap kamal (sempurna).
- Menghalalkan yang haram seperti zina, bangkai, darah, daging babi dan lain-lain.
- Mengharuskan pengikutnya membunuh sesiapa sahaja yang menentangnya.

Akhirnya Abu Mansur ditangkap dan dibunuh oleh Yusuf bin Umar
as-Saqafi, Gabenor Iraq pada zaman pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik.
Selepas dia meninggal dunia, pengikutnya yang masih hidup berpecah
kepada dua mazhab:
Al-Husainiah:
Pengikut al-Husain bin Abu Mansur
Pengikut al-Husain bin Abu Mansur
Al Muhammadiah:
Yang mendakwa menjadi pengikut Muhammad bin Abdullah (al-Nafsi al-Zakiah).

Al-Khattabiah:
Pengikut Abu al-Khattab Muhammad bin Abu Zainab al-Asadi al-Ajda’.
Antara ajarannya ialah:
- Semua imam itu ialah nabi-nabi yang menjadi Tuhan.
- Bagi setiap umat itu ada dua rasul. Salah seorang daripadanya bercakap dan yang seorang lagi diam.

Akibat daripada ajarannya sesat dan menyesatkan itu, Imam Jaafar
al-Sodiq menjauhkan diri daripadanya walaupun Abu al-Khatab mengaku
sebagai pengikutnya.
Saad al-Qummi berkata dalam kitabnya al-Maqalat wal-Firaq, golongan Khattabiah ini berpecah kepada empat pendapat:
- Pendapat pertama; mereka berkata Jaafar as-Sodiq itu tuhan dan Abu al-Khatab itu rasulnya.
- Pendapat kedua; mereka yang berkata al-Sirri al-Aqsam diutuskan oleh Jaafar as-Sodiq lalu mereka bersembahyang, berpuasa dan menunaikan haji kerana Jaafar.
- Pendapat ketiga; mereka yang berkata Jaafar itu Allah dalam bentuk cahaya. Dia masuk ke dalam tubuh orang yang diwasiatkan menjadi peggantinya. Orang yang dimasuki cahaya itu adalah Jaafar. Kemudian cahaya itu keluar dan masuk pula ke dalam Abu al-Khatab. Jaafar ketika itu bertukar menjadi malaikat.
- Pendapat keempat; mereka yang menyamakan Bazigh seperti Abu al-Khatab. Dia juga diutuskan menjadi rasul dan berkongsi dengan Abu al-Khatab dalam pangkat nabi dan rasul.
Apabila ajaran Abu al-Khatab berleluasa, Gabenor Kufah menggerakkan
bala tenteranya pada tahun 38 Hijrah bagi menghapuskan Abu al-Khatab dan
pengikut-pengikutnya. Abu al-Khatab dan pengikut-pengikutnya menentang
bala tentera Gabenor Kufah dengan menggunakan pisau, seligi dan
batu-batu. Akhirnya Abu al-Khatab berjaya ditahan dan dibawa ke Kufah.
Dia dijatuhkan hukuman bunuh bersama beberapa pengikutnya. Mayat-mayat
mereka disula dan dipertontonkan kepada orang ramai.
Seterusnya golongan al-Khattab ini berpecah kepada beberapa mazhab:
Al-Muamariah:
Pengikut seorang yang bernama Muamar, mereka menyembahnya seperti menyembah Abu al-Khatab. Mereka juga menyebarkan ajaran yang sesat, antaranya adalah:

- Mereka mendakwa dunia tidak akan binasa. Mereka memberi maksud
syurga itu dengan kebaikan, nikmat dan kesihatan di dunia. Neraka di
dunia ini pula adalah kejahatan, kesusahan dan bala bencana.
- Mereka berkata roh-roh itu berpindah dari jasad ke jasad yang lain. Orang yang mati itu tidak mati tetapi berpindah ke alam malakut iaitu alam yang tertinggi. Kemudian, roh-roh ilu diletakkan ke dalam jasad yang menyerupai jasad mereka.
- Mereka tidak percaya pada hari kiamat.
- Meninggalkan sembahyang dan kewajipan yang lain.
- Menghalalkan perkara-perkara yang haram seperti zina, arak dan sebagainya.

Al-Bazighiah:
Pengikut Bazigh bin Musa. Dia mendakwa Imam Jaafar as-Sodiq itu Tuhan yang menjelma dengan rupa makhluk. Dia membawa ajaran-ajaran berikut:

- Setiap orang beriman itu menerima wahyu. Apa yang terlintas di dalam hati itu adalah wahyu.
- Dalam kalangan pengikutnya ada martabatnya lebih tinggi daripada Nabi Muhammad, malaikat Jibril dan Mikail.
- Apabila manusia sampai kepada martabat kamal, dia tidal boleh dikatakan mati tetapi dikatakan naik kepada martabat malakut.
- Mereka berkata tidak ada seorang pun dalam kalangan mereka yang mati.

Al-Ujailiah:
Pengikut Umair bin Banan al-Ujaili. Pengikutnya mendakwa Umair adalah pengganti Abu al-Khatab. Walau bagaimanapun, mereka menerima kematian berbeza dengan al-Muamariah yang mendakwa mereka berpindah ke alam malakut. Akhirnya ketua mereka dijatuhkan hukuman bunuh oleh pemerintah Islam pada zamannya.

Al-Kayyaaliyyah:
Pengikut Ahmad bin al-Kayal. Dia dianggap sebagai salah seorang Imam yang tersembunyi. Peringkat awal dia mengaku menjadi imam sehingga pada suatu hari dia mendakwa mampu “berdiri dengan sendirinya” (menjadi Tuhan). Antara ajarannya adalah alam itu ada tiga:

1. Alam yang tinggi.
2. Alam yang dekat.
3. Alam yang jauh.
2. Alam yang dekat.
3. Alam yang jauh.
Al-Nusairiah:
Pengikut Muhammad bin Nasir yang mendakwa sebagai pengikut Imam Husain al-Askari. Dia adalah imam yang ke sembilan daripada mazhab Syiah Imamiah. Dalam ajarannya sering membincangkan perkara Syiah. Mereka adalah golongan pelampau Syiah. Antara ajarannya adalah:

- Percaya Ali sebagai tuhan atau hampir seperti Tuhan.
- Syariat itu ada zahir dan batin. Batin itu berada di sisi imam-imam dan mereka masih kekal.

Kuliyah Jumaat 13 Julai 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu