Histats

Arsip Blog

Entri Populer

Hak cipta. Diberdayakan oleh Blogger.
Home » » Faham Sosialisme

Faham Sosialisme


Sosialisme Dan Percanggahannya Dengan Islam

Perbandingan Sosialisme dengan Islam
Terdapat beberapa perkara yang menunjukkan sosialisme bukan sahaja tidak baik daripada segi asalnya tetapi juga dari segi dasar.
Amalan dan tindakan adalah:
- Menjadikan kebendaan sebagai dasar utama dalam hidup tanpa meletakkan agama di tempat yang pertama sehingga tidak mempunyai perhitungan halal dan haram menurut akidah dan kaedah Islam.
- Tidak betul di dalam mengendalikan milik umum sehingga menjejaskan kebebasan orang perseorangan dan merampas hak-hak mereka.
- Bercanggah dengan fitrah manusia yang bersifat rohani dan jasmani, ananiah dan ijtima’iah (bermasyarakat).
- Menghapuskan semangat bekerja kepada orang perseorangan.
- Menghapuskan rasa bertanggungjawab pada urusan yang dipegang sehingga menjejaskan negara dari segi ekonomi yang menjadi matlamat penting kepada ajaran ini, apabila orang yang ditugaskan merasakan tugas dan hasil pekerjaannya bukan miliknya.
Akhirnya, Sosialisme mengalami nasib yang sama dengan Komunisme dan Kapitalisme. Gagal menyelesaikan masalah manusia sejagat, terdedah keburukan yang membawa kerunyuhan akhlak dalam bidang-bidang politik, ekonomi dan lain-lain sehingga memaksa pemimpinnya menjadi contoh yang tidak baik menyembunyikan kesilapan mereka dan kelemahan ajaran yang diperjuangkan dengan berbagai-bagai cara. Antaranya menggunakan penipuan melalui media massa yang dikuasai mereka dan kadang-kadang menggunakan kekerasan, penindasan ke atas rakyat yang cuba menegur dan membetulkan keadaan.
Kuliyah Jumaat 11 Januari 2008
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

Sejarah dan Tokoh Fahaman Sosialisme


Ajaran yang berhubung dengan ekonomi dan politik yang menjadi tindak balas kepada ajaran Kapitalisme. Ajaran ini juga berdasarkan kepada kebendaan, sama pada dasarnya dengan ajaran Komunisme daripada segi menonjolkan milik umum sebagai suatu cara untuk membela masyarakat tertindas, tetapi berbeza dengan komunis dari segi sikap terhadap agama dan cara bertindak.
Sejarah dan Tokoh
Ahli sejarah tidak dapat menentukan kelahiran ajaran ini. Ada antara mereka yang menyatakan seorang ahli falsafdah Greek sebelum masihi bernama Plato pernah mengemukakan pendapat ini di dalam karangannya. Namun, pendapat ini disanggah oleh beberapa orang ahli sejarah Barat antaranya Profesor Parker.
Diantara tokoh-tokoh yang terkemuka di abad yang ke 19 adalah: Sana Saimon, Puriah, Rubirat dan lain-lain yang terdiri dari kalangan ahli-ahli falsafah dan politik yang bertuhankan akal dan kebendaan.
Dasar-dasar Sosialisme
- Kebendaan menjadi dasar penting dalam menentukan kebahagiaan manusia.
- Mengutamakan milik umum kepada beberapa perkara yang dianggap menjadi sumber ekonomi dengan melalui milik negara.
- Menguasai pemerintahan atau kuasa politik dengan mencetuskan kefahaman ideologinya kepada masyarakat dan menyebarkannya di kalangan manusia supaya mendapat sokongan bagi mendapat kuasa pemerintahan.
- Membuat perubahan secara berperingkat di dalam bidang ekonomi dan pentadbiran melalui proses memilik negara beberapa yang dianggap menjadi milik kepada masyarakat umum.
Kuliyah Jumaat 28 Disember 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu