Fahaman Kapitalisme
Kapitalisme adalah fahaman yang berkaitan dengan ekonomi. Ia
mempunyai cara berhubung dengan masyarakat dan politik berdasarkan
kepada milik perseorangan. Kebiasaannya, seseorang itu adalah pemilik
tunggal pada apa yang diusahakan olehnya manakala orang lain pula tindak
berhak ke atas hartanya. Pemilik harta mempunyai hak memiliki jalan
bagi mendapatkan sesuatu melalui cara yang boleh mendapatkannya.
Cara-caranya adalah mendorong perasaan pentingkan diri dengan alasan ke
arah kemajuan dari segi ekonomi. Mereka mengadakan beberapa peraturan
yang diberi tugas kepada negara.
Dasar-dasar Kapitalisme
Ciri-ciri fahaman kapitalis ini adalah:
- Milik perseorangan pada sumber-sunber yang mendatangkan hasil seperti tanah, modal dan barang-barang. Kebiasaannya, seseorang itu bukan sahaja memiliki pakaian, alat-alat rumah, kenderaan dan binatang ternakan bahkan dia memiliki semua sumber yang menjadi keperluan orang ramai.
- Kebebasan bekerja dan menggunakan segala kekayaan yang ada bagi mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Pengikut fahaman ini menganggap sifat ini menjadi pendorong yang kuat dan penting bagi mencapai kejayaan dalam ekonomi dan peluang meningkatkan pekerjaan dan pendapatan.
- Perlumbaan antara pemilik dengan pesaing apabila berlaku saingan mengeluarkan barang-barang dan menentukan harga. Masing-masing mahu barang-barangnya laris mendapat sambutan.
- Membahagikan kelas dalam masyarakat. Pemilik berada dalam satu golongan manakala pekerja dan pengguna dalam golongan lain. Golongan yang pertama mentadbirkan urusan yang menjadi miliknya dengan memikul beban untung dan rugi. Manakala golongan yang kedua tidak mempunyai hubungan untung dan rugi tetapi lebih bermotif mendapat ganjaran dan kemudahan.
- Berusaha untuk maju dan meningkat. Golongan ini cuba mengurangkan kos tetapi dapat meningkatkan pengeluaran bagi mencapai keuntungan yang lebih besar. Mereka tidak mengira cara sama ada mencari alat-alat murah atau pekerja yang dapat dibayar murah dengan tujuan memperbanyakkan pelanggan melalui pelbagai cara.
- Kerajaan tidak boleh campur tangan dalam kegiatan ekonomi tetapi kuasanya adalah mengawal suasana bebas dan mewujudkan keadaan yang memberi kebebasan kepada rakyat memiliki harta melakukan kegiatan ekonomi

Sejarah dan tokoh
Fahaman ini muncul di negara-negara Eropah sejak pemerintahan Rom.
Pemerintah mewujudkan golongan feudal dan golongan agama yang membawa
ajaran bagi kepentingan peribadi. Bermula dengan memisahkan agama dengan
dunia, mereka kemudian membebaskan diri daripada golongan feudal
(bangsawan) lalu melahirkan golongan burjuwis (hartawan dari kalangan
menengah). Daripada golongan ini, lahir golongan Kapitalis yang berlumba
mencari kekayaan sehingga pandangan bebas bermula pada awal kurun ke-16
secara berperingkat. Seruan pertama adalah membebaskan diri daripada
belenggu agama. Seruan kemudian adalah pembebasan melalui ajaran
nasionalis (kebangsaan) dengan membebaskan bangsa masing-masing.
Akhirnya berlaku kebebasan dalam bidang tabri termasuk dalam kegiatan
ekonomi.
Pengasasnya terdiri daripada ahli-ahli falsafah bukan Islam dan
antaranya tidak percaya kepada Tuhan. Ada juga yang bermusuh dengan
agama. Walaupun ada yang mendakwa beragama namun agamanya bukan Islam
malah bermusuh dengan Islam. Antara tokoh-tokoh fahaman ini adalah Adam
Smith, David Ricardo, Jean Baptise Say, John Stunt Mill, David Hume dan
lain-lain.
Kuliyah Jumaat 07 Disember 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu