Islam dan Nasionalisme
Nasionalisme ialah fahaman yang menjadikan ikatan bangsa, keturunan,
bahasa atau kawasan sebagai matlamat perjuangan bagi menegakkan
kepentingannya. Ia tidak mengira batas-batas keadilan menurut Islam
sehingga fahaman ini menjadi falsafah politik, ekonomi dan
kegiatan-kegiatan yang lain.
Fahaman ini juga lahir daripada fahaman memisahkan agama dengan
dunia. Agama tidak dijadikan dasar dan panduan dalam kepentingan
ekonomi, politik dan lain-lain tetapi ia lebih cenderung pada semangat
kebangsaan. Fahaman ini menjadi ukuran dalam semua perkara sehingga
mengatasi kepentingan akidah yang menjadi pegangan hidup.
Pada masa dahulu, fahaman ini lebih dikenali sebagai asobiah (fanatik
perkauman). Definisinya masih sempit iaitu perjuangan bagi kelompok
kecil yang dikenali kabilah atau keluarga yang mesti dipertahankan
walaupun atas dasar dan tindakan yang zalim. Definisi ini disebut dalam
hadis Nabi Muhammad:
“Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada asobiah,
bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar asobiah dan
bukan dari kalngan kami yang mati atas dasar asobiah.”
Seorang sahabat bertanya:
“Apakah asobiah itu wahai Rasulullah?”
“Apakah asobiah itu wahai Rasulullah?”
Nabi Muhammad menjawab:
“Asobiah itu ialah kamu menolong kaummu atas dasar kezaliman.”
“Asobiah itu ialah kamu menolong kaummu atas dasar kezaliman.”
(Riwayat Muslim, Abu Daud dan Nasa’i)
Islam dan Nasionalisme
Islam mengiktiraf perasaan kasih pada bangsa dan tanah airnya kerana
Allah berkata kepada Nabi Muhammad dalam surah al-Syuarak ayat 214,
“Berilah amaran kepada keluargamu yang hampir.”
Nabi Muhammad pernah berkata pada Hari Pembukaan Kota Mekah,
“Demi Allah, sesungguhnya engkaulah (Mekah) sebaik-baik bumi Allah,
dan bumi Allah yang paling Allah kasih kepadanya. Kalaulah tidak kaumku
mengeluarkan aku darimu nescaya aku tidak keluar.
(Riwayat oleh at-Tirmizi)
Walau bagaimanapun, Islam melarang kasih pada sesuatu yang melebihi
daripada Allah, Nabi Muhammad dan Islam. Lebih membimbangkan apabila
seseorang bertindak melulu dan merendahkan kasih Allah dengan meletakkan
kepentingan bangsa dan puak lebih daripada yang lain dan melampaui
batas-batas Allah. Kerana Allah menyebut dalam surah at-Taubah, ayat 24,
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak
kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami)
kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan
perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat
tinggal Yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara
Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada)
berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan
keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk
kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).”
Allah menyebut lagi dalam surah al-Mujadalah, ayat 22,
“Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum Yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat, tergamak berkasih-mesra Dengan orang-orang Yang menentang
(perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang Yang menentang itu
ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara
mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia) itu, Allah telah
menetapkan iman Dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka Dengan
semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke
Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap
kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta
bersyukur) akan nikmat pemberianNya. merekalah penyokong-penyokong
(ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama)
Allah itu ialah orang-orang Yang berjaya.”
Ini adalah bukti akidah Islam mengatasi segala hubungan yang lain
sama ada hubungan keluarga, keturunan dan bangsa. Al-Quran melarang Nabi
Muhammad dan umat Islam memohon ampun untuk orang musyrik walaupun
mereka daripada kaum keluarga. Allah menyatakan kisah Nabi Nuh yang
kasihan kepada anaknya yang ditenggelami banjir tetapi Allah tidak
mengizinkan beliau untuk memohon ampun kepada anaknya. Kisah nabi
Ibrahim dengan ayahnya yang tidak beriman juga menunjukkan kasih sayang
keluarga tidak boleh dijadikan asas bagi memohon keselamatan dunia dan
akhirat sekiranya Islam tidak dijadikan teras dalam kehidupan.
Kuliyah Jumaat 23 November 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu