Sejarah Mazhab Halajiah
Pengikut Husain bin Mansur al-Halaj. Menurut ahli sejarah, dia
berasal dari Parsi dan menganut agama Majusi. Kemudian, dia menganut
Islam dan menyertai ahli Tasauf. Dia pernah berguru dengan Abu al-Kasim
al-Junaid. Dia kemudian pergi ke Mekah dan tinggal di sana selama
setahun. Apabila dia mengemukakan pendapat maka Amru bin Ustman al-Makki
menuduhnya menentang al-Quran dan mengancam untuk membunuhnya.
Mendengar ancaman itu dia melarikan diri ke Khurasan. Selepas lima tahun
dia datang lagi ke Mekah. Kemudian dia pergi ke Baghdad dan merantau ke
India. Di India, dia mempelajari ilmu sihir sebelum kembali semula ke
Mekah. Selepas itu dia pergi ke Baghdad dan Qom, Iran.
Dia mengaku mengetahui rahsia hati dan mengeluarkan kata-kata yang
boleh ditafsirkan dengan makna baik dan makna buruk. Kadang-kadang
kata-katanya seperti Syiah dan kadang-kadang seperti Ahli Sunnah. Pada
zaman pemerintahan al-Muhtadir al-Abbasi, dia mengucapkan
kalimah-kalimah yang mendakwa Tuhan meresap ke dalam dirinya.
Kadang-kadang dia memakai pakaian sarjana Islam berserban besar lalu
mengemukakan pendapat-pendapat yang bercanggah dengan hukum syariat.
Antaranya:
- Mengharuskan haji ke tempat yang lain daripada Mekah asalkan dia
dapat membina bangunan empat persegi rumahnya atau bilik yang tidak kena
najis dan bertawaf mengelilingi pada musim haji, memberi makan 30 orang
anak yatim dan memberi pakaian kepada mereka dengan menganggap
perkara-perkara itu menepati ibadah haji.
- Mengharuskan berbuka puasa di bulan Ramadan kepada orang yang berpuasa selama tiga hari tiga malam.
- Harus meninggalkan sembahyang kepada orang yang bersembahyang dua rakaat daripada awal malam sehingga akhirnya.
- Mengeluarkan kata-kata yang mengelirukan seperti, “Ana al-Haq (Akulah Tuhan).” Sesiapa yang mendidik dirinya supaya mengerjakan taat dan bersabar dengan kelazatan dunia dan menurut nafsu nescaya jiwanya meningkat sehingga mencapai tahap muqarabin (orang yang dekat dengan Tuhan). Tahap ini boleh meninggi sehingga hatinya bersih daripada sifat manusia. Apabila tidak ada lagi sifat itu, roh Tuhan dapat memasuki dirinya seperti penciptaan Nabi Isa.
Terdapat perselisihan dalam kalangan sarjana ilmu al-Kalam, pakar fikah dan ahli tasauf daripada segi menghukum al-Halaj. Sebahagian sarjana mengkafirkannya seperti majoriti sarjana ilmu kalam dan sebahagian daripada pakar-pakar fikah dan ahli tasauf. Hujah mereka adalah ajaran al-Halaj termasuk dalam akidah al-Hululiah. Sebahagian lagi berhujah dan menafsirkan ucapannya dengan takwil.

Walau bagaimanapun pihak pemerintah Abasiah menjatuhkan hukuman bunuh
ke atas al-Halaj kerana pegangan dan ucapannya yang sangat
mengelirukan. Namun, sebahagian pengikutnya mendakwa al-Halaj tidak
mati. Orang yang dibunuh adalah orang yang menyerupainya. Walau
bagaimanapun, ramai orang berbelah bahagi. Ada yang mengkafirkannya dan
ada yang memujanya kerana perselisihan sarjana Islam menafsirkan ucapan
Halaj itu.
Perkara yang membahayakan adalah fahaman dan aliran pemikiran
al-Halaj dirakam dalam beberapa kitab tasauf. Lebih membahayakan apabila
orang awam membaca tanpa mengkaji secara mendalam dan teliti.
Kuliyah Jumaat 29 Jun 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu