Histats

Arsip Blog

Entri Populer

Hak cipta. Diberdayakan oleh Blogger.
Home » » Sejarah Mazhab Hululiah

Sejarah Mazhab Hululiah

 Mazhab Hululiah
Mereka adalah golongan yang mendakwa roh Tuhan itu menjelma di dalam diri seseorang dan menganggap sebagai Tuhan. Mereka menghalalkan yang haram dengan mentakwilkannya. Ajaran ini meresap ke dalam beberapa golongan Syiah dan mazhab-mazhab yang lain yang disebut sebelum ini. Antaranya adalah al-Syaibaiyah, al-Bayaniah, al-Jahaniah, al-Khattabiah, al-Syari’iah, al-Numairiah dan al-Rizamiah. Disamping itu ada pula mazhab-mazhabnya yang berasingan. Antaranya ialah:

Al-Muqannaiah:
Pengikut seorang yang bernama Ata’ al-Muqanna’. Dia adalah ahli sihir yang buta. Dia mengaku dirinya bersifat ketuhanan dan menunjukkan sihirnya sehingga kelihatan satu bulan yang lain di langit. Dia mendakwa dapat melihat objek dari jarak dua bulan perjalanan.
Antara ajarannya adalah:
- Tidak perlu kepada sembahyang, puasa dan ibadah-ibadah yang lain. Dia menghalalkan yang haram. Antaranya menghalalkan bangkai, daging babi dan boleh bertukai isteri.
- Mendakwa dia boleh berupa Nabi Adam, Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim, Nabi Muhammad dan sebagainya.
- Dia berkata kepada pengikut-pengikutnya, “Sesiapa yang melihatku nescaya terbakar di dalam nurku.”
Ata’ al-Muqanna’ bermaharajalela selama 14 tahun dengan mendapat bantuan daripada orang kafir yang berbangsa Turki. Akhirnya Khalifah al-Mahdi al-Abbasi menghantar bala tentera yang dipimpin oleh Said al-Jarasyi bagi menghukumnya. Apabila bala tentera Islam mengepung kotanya, dia merasakan tidak ada harapan lagi bertahan lalu meracun semua isterinya. Apabila bala tentera Islam masuk ke dalam kota, dia ditawan lalu dipancung. Kepalanya dibawa ke hadapan khalifah sebagai bukti dia dibunuh. Jasadnya dibakar dalam dapur yang sedia ada di dalam kotanya.

Al-Hilmaniah:
Pengikut Abu Hilmani al-Damsyiqi yang berasal dari Parsi dan membesar di Halab, Syiria. Dia kemudiannya menyebarkan ajarannya di Damsyik.
Antara ajarannya adalah:
- Tuhan menjelma dalam diri setiap orang yang cantik. Oleh itu dia dan pengikut-pengikutnya menyembah setiap orang yang dilihatnya cantik.
- Sesiapa yang mencapai tahap makrifat yang tinggi, halal baginya segala yang haram.

Al-Azafirah:
Mereka adalah pengikut Abu al-Azafir Muhammad bin Ali al-Syalamaghani.
Antara ajarannya adalah:
- Mendakwa roh Tuhan menjelma dalam rohnya dan menamakan dirinya dengan roh al-Kudus (roh yang suci).
- Menghapuskan hukum syariat dan menghalalkan liwat.
- Mengaku boleh menghidupkan orang yang mati.
Dia muncul pada zaman pemerintahan Abbasiah di bawah pemerintahan al-Razi. Akibat ajarannya yang sesat dan menyesatkan itu dia dijatuhkan hukuman bunuh dan disula.
Kuliyah Jumaat 15 Jun 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu